Sunday, 1 February 2015

Google Drive

Salam dan selamat menjalankan tugas sebagai seorang pewira kepada anak bangsa. Pada tenghari yang mulia lagi elok, kami di bahagian ICT sekolah ingin kongsikan kepada rakan-rakan guru mengenai "GOOGLE DRIVE". Google Drive adalah satu penyimpanan maya dimana maklumat yang penting seperti rancangan pengajaran tahunan, DSKP, borang pelaporan individu dan maklumat peribadi boleh disimpan. Google Drive menawarkan simpanan maya kepada 15GB, jadi sebagai pengguna anda boleh memuat pelbagai data dan boleh menyusun data dalam folder mengikut kesesuaian masing-masing. Bagi pengguna baru, kami di bahagian ICT sekolah telah memuatkan ataupun menyediakan beberapa langkah mudah untuk mendaftar di Google Drive. Anda boleh ikuti langkah yang disediakan di bawah.

Gunakan enjin carian seperti internet explore ataupun chrome, setelah selesai anda akan melihat paparan seperti di bawah. Klik pada Google Drive dan anda akan terus dibawa ke laman tersebut. Bagi pengguna telefon pintar anda boleh klik pada link ke dua, download aplikasi tersebut di google play. 


Seterusnya anda akan melihat paparan seperti dibawah ini. Klik pada "Go To Google Drive", disitu nanti anda akan melihat paparan lain iaitu google drive. 


Sekiranya anda telah mempunyai akaun gmail anda boleh terus mendaftar masuk ke dalam google drive. Jika belum anda boleh mendaftar pada akaun gmail dengan beberapa langkah mudah. Ikuti langkah yang disediakan sekiranya anda memerlukan panduan. 

Jikalau anda belum mempunyai akaun gmail, boleh mendaftar dengan mudah. Ikuti langkah yang diberikan. 

Isikan maklumat seperti yang diminta, setelah selesai anda akan terus dapat menggunakan akaun gmail untuk Google Drive. Selamat berjaya mencuba. 


Related Posts:

  • DSKP, Template Pelaporan dan Modul Pengajaran Bagi guru-guru di SK SLDB Ladang 3 DKSP, Template Pelaporan dan Modul Pengajaran tahun 4 dan 5 akan diupload semuanya pada hari jumaat ini. Tindakan selanjutnya akan dimaklumkan dalam whatsapp sekolah kelak. Kami di bahagian… Read More
  • Majlis Kebudayaan Dan Hari Jadi Murid Asrama 2015 Setiap tahun bahagian asrama menganjurkan aktiviti seperti sambutan hari jadi murid asrama, sambutan hari jadi murid harian, begitu juga diselitkan pelbagai aktiviti menarik untuk memeriahkan lagi aktiviti yang dijalankan. M… Read More
  • Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Bagi yang guru-guru baharu yang telah diberikan amanah untuk TKRS di sekolah, disini ada sedikit maklumat yang boleh membantu anda menjalankan tugas dengan mudah. Saya berharap dengan adanya perkongsian seperti ini dapat mem… Read More
  • Hari Kebangsaan 2015 Pada tahun dan bulan ini, kita bakal meraikan hari kebangsaan yang ke 58. Tema pada tahun ini telah diperkenalkan sebagai #SEHATISEJIWA seperti yang diterangkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Sri Ahmad Sabery … Read More
  • Fail PPBPDi bulan kemerdekaan ini, sebaik-baiknya kita kongsikan barang baik. Hari ini saya kongsikan fail ppbp yang diperolehi dari CIKGU NAS. Semoga perkongsian ini dapat membantu guru-guru untuk melengkapkan fail yang dikehend… Read More

1 comment:

  1. Seiko Titanium 2-Piece - The Silicon Arts
    Seiko Titanium 2-Piece is an ideal replacement titanium ring for the regular vintage classic and raft titanium come complete in titanium sia a premium shape. galaxy watch 3 titanium The case has a sunscreen with zinc oxide and titanium dioxide flat screen and is

    ReplyDelete