Sunday, 1 February 2015

Google Drive

Salam dan selamat menjalankan tugas sebagai seorang pewira kepada anak bangsa. Pada tenghari yang mulia lagi elok, kami di bahagian ICT sekolah ingin kongsikan kepada rakan-rakan guru mengenai "GOOGLE DRIVE". Google Drive adalah satu penyimpanan maya dimana maklumat yang penting seperti rancangan pengajaran tahunan, DSKP, borang pelaporan individu dan maklumat peribadi boleh disimpan. Google Drive menawarkan simpanan maya kepada 15GB, jadi sebagai pengguna anda boleh memuat pelbagai data dan boleh menyusun data dalam folder mengikut kesesuaian masing-masing. Bagi pengguna baru, kami di bahagian ICT sekolah telah memuatkan ataupun menyediakan beberapa langkah mudah untuk mendaftar di Google Drive. Anda boleh ikuti langkah yang disediakan di bawah.

Gunakan enjin carian seperti internet explore ataupun chrome, setelah selesai anda akan melihat paparan seperti di bawah. Klik pada Google Drive dan anda akan terus dibawa ke laman tersebut. Bagi pengguna telefon pintar anda boleh klik pada link ke dua, download aplikasi tersebut di google play. 


Seterusnya anda akan melihat paparan seperti dibawah ini. Klik pada "Go To Google Drive", disitu nanti anda akan melihat paparan lain iaitu google drive. 


Sekiranya anda telah mempunyai akaun gmail anda boleh terus mendaftar masuk ke dalam google drive. Jika belum anda boleh mendaftar pada akaun gmail dengan beberapa langkah mudah. Ikuti langkah yang disediakan sekiranya anda memerlukan panduan. 

Jikalau anda belum mempunyai akaun gmail, boleh mendaftar dengan mudah. Ikuti langkah yang diberikan. 

Isikan maklumat seperti yang diminta, setelah selesai anda akan terus dapat menggunakan akaun gmail untuk Google Drive. Selamat berjaya mencuba. 


Related Posts:

  • HARI GURU 2016 Kali ini tema hari guru adalah "GURU PEMBINA NEGARA". Dengan ini kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menceriakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Di sini… Read More
  • Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015 Sambutan merdeka pada tahun ini lebih meriah dari tahun-tahun sebelum dimana pelbagai aktiviti diadakan sempena bulan kemerdekaan tahun 2015. Warga sekolah beserta murid menyambut hari kemerdekaan penuh dengan semangat patri… Read More
  • Pemilihan Pemain Bola Sepak B12/2015 Kali ini SK SLDB LDG 3, telah menjadi tempat pemilihan pemain bola sepak bawah 12 tahun untuk Piala Perak 2015. Beberapa orang murid telah terpilih untuk pasukan zon ladang dan akan bertemu di dalat untuk pertandingan bahagi… Read More
  • Lawatan PPD Mukah (Dialog Prestasi 2015) Pada hari ini PPD Mukah telah datang untuk sesi dialog prestasi bersama dengan semua warga sekolah SK SLDB LDG 3, Tujuan kedatangan mereka adalah untuk melihat perkembangan sekolah berasaskan semasa. Mereka juga datang untuk… Read More
  • Temui kami di laman Facebook!! Setelah sekian lama menyepi, kami PICT kembali untuk menceriakan semula blog sekolah. Dan atas usaha sama dengan rakan PICT, kami telah membuka laman baru di facebook. Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada pengunjung b… Read More

1 comment:

  1. Seiko Titanium 2-Piece - The Silicon Arts
    Seiko Titanium 2-Piece is an ideal replacement titanium ring for the regular vintage classic and raft titanium come complete in titanium sia a premium shape. galaxy watch 3 titanium The case has a sunscreen with zinc oxide and titanium dioxide flat screen and is

    ReplyDelete