Wednesday, 24 August 2016

Temui kami di laman Facebook!!

Setelah sekian lama menyepi, kami PICT kembali untuk menceriakan semula blog sekolah. Dan atas usaha sama dengan rakan PICT, kami telah membuka laman baru di facebook. Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada pengunjung begitu juga dengan usaha rakan guru yang bersama-sama menjayakan laman ini. Semoga laman baru ini dapat dimanfaatkan oleh komuniti sekeliling untuk perkongsian maklumat terkini dan juga bagi rakan guru, diharap laman ini untuk kita semua berkongsi maklumat mahupun dapatan. Sekian saja. CITA.USAHA.JAYA. Anda boleh klik pada url  yang diberikan di bawah atau klik pada social links untuk link facebook sekolah. 

Facebook 

Wednesday, 25 May 2016

Tuesday, 17 May 2016

HARI GURU 2016

Kali ini tema hari guru adalah "GURU PEMBINA NEGARA". Dengan ini kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menceriakan sambutan hari guru peringkat sekolah. Di sini bahagian PICT sekolah ingin menyertakan sedikit perkongsian tentang lagu tema hari guru 2016 dan sedikit gambar untuk tatapan ramai. 




Thursday, 10 March 2016

Pesta Pantun Peringkat Daerah Mukah 2016

Sekali lagi SK SLDB Ladang 3 telah diberi penghormatan untuk venue Pesta Pantun Peringkat Daerah Mukah bagi tahun 2016. Di sini kami akan menunjukkan anda gelagat pemantun yang begitu ligat memutar kata untuk menewaskan lawan. Walaubagaimanapun kali ini pesta pantun disertai oleh beberapa sekolah sahaja dari daerah mukah. Kali ini SK Sungai Duan mendapat tempat pertama dan diikuti oleh SK SLDB Ladang 3 sebagai naib johan. Pemantun yang menang akan berpeluang bertanding di peringkat negeri kelak. Saksikan bagaimana murid-murid kita berpantun. CITA.USAHA.JAYA