Friday 28 August 2015

Majlis Kebudayaan Dan Hari Jadi Murid Asrama 2015

Setiap tahun bahagian asrama menganjurkan aktiviti seperti sambutan hari jadi murid asrama, sambutan hari jadi murid harian, begitu juga diselitkan pelbagai aktiviti menarik untuk memeriahkan lagi aktiviti yang dijalankan. Mari kita menyaksikan aktiviti yang dilakukan semasa aktiviti berlangsung. CITA.USAHA.JAYA












Thursday 27 August 2015

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015

Sambutan merdeka pada tahun ini lebih meriah dari tahun-tahun sebelum dimana pelbagai aktiviti diadakan sempena bulan kemerdekaan tahun 2015. Warga sekolah beserta murid menyambut hari kemerdekaan penuh dengan semangat patriotik yang penuh dengan emosi dan bangga sebagai anak malaysia. Saksikan wajah-wajah anak merdeka dari SK SLDB LDG 3, CITA.USAHA.JAYA












Tuesday 25 August 2015

Pemilihan Pemain Bola Sepak B12/2015

Kali ini SK SLDB LDG 3, telah menjadi tempat pemilihan pemain bola sepak bawah 12 tahun untuk Piala Perak 2015. Beberapa orang murid telah terpilih untuk pasukan zon ladang dan akan bertemu di dalat untuk pertandingan bahagian kelak. Berikut adalah muka-muka pemain yang akan menyahut cabaran Piala Perak 2015. CITA.USAHA.JAYA




Thursday 6 August 2015

Fail PPBP

Di bulan kemerdekaan ini, sebaik-baiknya kita kongsikan barang baik. Hari ini saya kongsikan fail ppbp yang diperolehi dari CIKGU NAS. Semoga perkongsian ini dapat membantu guru-guru untuk melengkapkan fail yang dikehendaki. Saya tidak memiliki fail ini, akan tetapi modifikasi pada fail ini terpulang kepada kehendak dan keperluan guru. Rakan-rakan boleh juga memuat turun fail ini mengikut link yang diberikan dibawah. CITA.USAHA.JAYA

1. Fail PPBP

Wednesday 5 August 2015

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2015

Warga sekolah dan murid-murid amat merasai lebaran kali ini yang dilihat sedikit berbeza kerana semua staff bersama-sama meraikan majlis ramah tamah dengan jayannya. Pada tahun ini juga kami di baghagian ICT sekolah sempat merakamkan wajah-wajah yang gembira kerana menanti hari yang bakal tiba.



Selamat menjamu selera. CITA.USAHA.JAYA

Tuesday 4 August 2015

Hari Kebangsaan 2015

Pada tahun dan bulan ini, kita bakal meraikan hari kebangsaan yang ke 58. Tema pada tahun ini telah diperkenalkan sebagai #SEHATISEJIWA seperti yang diterangkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Sri Ahmad Sabery Cheek yang mengumumkan bahawa tema ini dipilih sebagai tema hari kebangsaan pada tahun ini. Dibawah adalah sedikit ucapan beliau mengenai sambutan hari kebangsaan yang akan datang. Seterusnya adalah rakan-rakan guru boleh mendengar atau memuat turun lagu pada laman youtube yang telah disediakan pada link  dibawah juga. Selamat Hari Kemerdekaan. CITA.USAHA.JAYA




Terima kasih diucapkan kepada empunya yang telah memuat turun video beserta lirik. Perkongsian anda amat dihargai.