Monday 18 May 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 18 MEI 2015

Tema tahun ini adalah "GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK". Bagi warga SK SLDB LDG 3, sambutan hari guru cukup besederhana dengan semua murid. Walau bagaimanapun sambutan kali ini amat bermakna dengan kehadiran guru baharu yang masuk ke sekolah ini. Selain daripada itu pihak sekolah juga amat berbangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua staf dan murid-murid sekolah. Jadi hari yang indah itu bukan sementara tetapi tidak juga kekal selamanya. Bagi guru, murid adalah pembakar semangat untuk terus berjuang walau diri guru semakin hari semakin cepat kerut di kening bertambah dengan tugasan dan cabaran masa kini. Sekali lagi, selamat hari guru kepada semua guru di malaysia, samada yang sudah bersara kerana kalianlah yang membentuk dari awal. CITA. USAHA. JAYA










Thursday 14 May 2015

SELAMAT HARI GURU 2015

Salam, kepada semua penjawat awam terutamanya guru yang akan menyambut hari guru pada 18/05/2015 secara serentak di seluruh negara, kami warga SK SLDB LDG 3 ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU. Kali ini diharapkan agar hari yang amat bermakna menjadi hari yang terbaik untuk guru. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan senyum-senyum selalu. CITA. USAHA. JAYA




Selain daripada itu guru-guru boleh mendapatkan lagu KAMI GURU MALAYSIA (minus one) dan PENDIDIK BUMI KENYALANG (mp3) dari laman kami ini. Dapatkan dengan menekan link  yang diberikan dibawah. Sekian. 

Download KAMI GURU MALAYSIA
Download PENDIDIK BUMI KENYALANG

Tuesday 5 May 2015

Program JERAYAWARA

Pada hari 29/04/2015 yang lepas, Jabatan Astronomi anjuran KPS telah mengadakan satu program yang dipanggil JERAYAWARA bersama-sama dengan SK SLDB LDG 3 telah menjayakan program tersebut. Diantara isi kandungan program ialah mengenali buruj, mencerap matahari dan membuat projek roket air. Pihak sekolah amatlah berbangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh murid dan warga sekolah. USAHA.CITA.JAYA





Bola Tampar Peringkat Bahagian Mukah

Salam, rakan-rakan sekalian kali ini kami ingin memaparkan sedikit perkembangan yang berlaku di antara bulan April-Mei. Walaupun baru menyertai pertandingan ini untuk kali pertama namun pasukan sekolah mencuba sedaya upaya dan hasilnya adalah pasukan sekolah menjulang tempat ketiga. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama murid dan guru serta AKS yang terlibat dalam membantu latihan bola tampar. Bola tampar akan menjadi sukan teras antara bola sepak, futsal, dan bola jaring. USAHA.CITA.JAYA