Thursday 9 April 2015

Lagu Sekolah CITA.USAHA.JAYA

Lagu sekolah ini dicipa dan digubah oleh Cikgu Remmy dan Maxwell Franklin Saran. Bagi alumi samada murid lepasan sekolah ini dan mana-mana pihak yang berkaitan boleh mendownload untuk dijadikan sebagai panduan ataupun rujukan sahaja. CITA.USAHA.JAYA

CITA USAHA JAYA
Lagu : Cikgu Remmy Sukup
Muzik : Maxwell Franklin Saran

MELANGKAH CERGAS
SIHAT MINDA DAN ANGGOTA
GERBANG PINTU TERBUKA
MENUJU MAJU GEDUNG ILMU

SK SLDB LADANG 3
DATANGKU DENGAN HARAPAN
PULANGKU MEMBAWA KEJAYAAN
CITA USAHA JAYA

HASRAT SEMAKIN BERSEMANGGAT
ANAK BANGSA BERSEDIA
MENIMBA ILMU BICARA GURU
SEMUA WARGA TERCINTA

BERILMU BERDISIPLIN SENTIASA
PASTINYA MELAHIRKAN WARGA BERJAYA
SK SLDB LADANG 3
SEKOLAH PERMATA KAMI SEMUA

Selain daripada itu anda boleh boleh dapatkan lirik dalam bentuk simpanan fail dan juga minus one track MP3




Pesta Pantun Peringkat Daerah Mukah 2015

Maaf kerana lambat kemaskini laman sesawang sekolah kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.
Pada bulan Mac yang lalu pesta pantun di peringkat daerah telah dijalankan. Ada 6 buah sekolah yang menyertai antaranya adalah SK Sg. Duan, SK SLDB Ldg 3, SK Mukah, SK Telian, SK Dua Sungai dan Sesi ini bermula agak akhir dan 6 pasukan dibahagi kepada 2 tempat bertanding. Setelah beberapa perlawanan akhirnya keputusan jatuh kepada SK Sg. Duan ialah Johan, SK SLDB LDG 3 mendapat naib johan dan SK Telian dan SK Dua Sungai mendapat tempat ketiga. Sekali lagi diucapkan tahniah kepada semua pemenang dalam PESTA PANTUN PERINGKAT DAERAH MUKAH. CITA USAHA JAYA.