Tuesday 3 February 2015

DSKP, Template Pelaporan dan Modul Pengajaran

Bagi guru-guru di SK SLDB Ladang 3 DKSP, Template Pelaporan dan Modul Pengajaran tahun 4 dan 5 akan diupload semuanya pada hari jumaat ini. Tindakan selanjutnya akan dimaklumkan dalam whatsapp sekolah kelak. Kami di bahagian ICT sekolah mencadangkan kepada para guru untuk mendownload sendiri. Sekiranya guru memerlukan bahan itu dengan segera, cikgu boleh mengambil terus pada kami di bahagian ICT sekolah. Link untuk mendowload akan diletakkan di bawah kelak. Semua file yang berkaitan akan disimpan dalam google drive. Mohon kerjasama semua guru untuk memuat turun keperluan masing-masing. Akan dimaklumkan sekali lagi selepas pihak ICT sekolah berjaya mengupload semua file yang berkaitan. CITA.USAHA.JAYA. 

Monday 2 February 2015

Latihan Firedrill

Latihan Firedrill pertama untuk bulan febuari ini telah diadakan semalam (2 Febuari 2015) pada pukul 11:00 malam. Latihan ini diwujudkan untuk melatih murid supaya peka kepada kebakaran. Dari situ mereka dapat belajar bagaimana cara untuk menyelamatkan diri mungkin juga rakan lain. Mari kita saksikan gelagat murid apabila mendengar isyarat kebakaran. CITA.USAHA.JAYA




Sunday 1 February 2015

Google Drive

Salam dan selamat menjalankan tugas sebagai seorang pewira kepada anak bangsa. Pada tenghari yang mulia lagi elok, kami di bahagian ICT sekolah ingin kongsikan kepada rakan-rakan guru mengenai "GOOGLE DRIVE". Google Drive adalah satu penyimpanan maya dimana maklumat yang penting seperti rancangan pengajaran tahunan, DSKP, borang pelaporan individu dan maklumat peribadi boleh disimpan. Google Drive menawarkan simpanan maya kepada 15GB, jadi sebagai pengguna anda boleh memuat pelbagai data dan boleh menyusun data dalam folder mengikut kesesuaian masing-masing. Bagi pengguna baru, kami di bahagian ICT sekolah telah memuatkan ataupun menyediakan beberapa langkah mudah untuk mendaftar di Google Drive. Anda boleh ikuti langkah yang disediakan di bawah.

Gunakan enjin carian seperti internet explore ataupun chrome, setelah selesai anda akan melihat paparan seperti di bawah. Klik pada Google Drive dan anda akan terus dibawa ke laman tersebut. Bagi pengguna telefon pintar anda boleh klik pada link ke dua, download aplikasi tersebut di google play. 


Seterusnya anda akan melihat paparan seperti dibawah ini. Klik pada "Go To Google Drive", disitu nanti anda akan melihat paparan lain iaitu google drive. 


Sekiranya anda telah mempunyai akaun gmail anda boleh terus mendaftar masuk ke dalam google drive. Jika belum anda boleh mendaftar pada akaun gmail dengan beberapa langkah mudah. Ikuti langkah yang disediakan sekiranya anda memerlukan panduan. 

Jikalau anda belum mempunyai akaun gmail, boleh mendaftar dengan mudah. Ikuti langkah yang diberikan. 

Isikan maklumat seperti yang diminta, setelah selesai anda akan terus dapat menggunakan akaun gmail untuk Google Drive. Selamat berjaya mencuba.