Saturday 31 January 2015

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

Bagi yang guru-guru baharu yang telah diberikan amanah untuk TKRS di sekolah, disini ada sedikit maklumat yang boleh membantu anda menjalankan tugas dengan mudah. Saya berharap dengan adanya perkongsian seperti ini dapat membantu guru-guru yang mencari maklumat tentang TKRS. Anda boleh dapatkan melalui link yang diberikan dibawah nanti. 

Takwim 2015

Kepada guru-guru yang ingin merancang aktiviti semasa waktu cuti, rujuk takwim yang telah sedia ada di bawah. Mungkin dapat membantu para guru merancang dengan lebih baik terutama dengan yang tersayang atau keluarga masing-masing. Yang baik sama kita kongsikan dan semoga guru-guru mendapat manfaat dari perolehan ini. 


Minggu Transisi Tahun 1/2015

Minggu transisi tahun 1 akhirnya selesai juga, kesemua murid nampaknya telah melalui satu lagi cabaran baru setelah selesai di pra-sekolah. Semoga ilmu dan apa yang dibekalkan kepada mereka sepanjang empat minggu transisi dapat dijadikan panduan ke tahap yang baru kelak. Mari saksikan telatah dan gelagat mereka sepanjang minggu transisi. CITA.USAHA.JAYA








Selamat Datang

Selamat datang kepada laman sesawang SK SLDB Ladang 3, pada tahun ini kami di pihak ICT sekolah ingin membawa sesuatu yang baru. Sejajar dengan itu kami di ICT sekolah telah membuat satu laman sesawang sebagai perkongsian maklumat di antara guru-guru, murid sekolah dan ibu bapa sekalian. Dengan adanya laman seperti ini kami dari pihak sekolah dan bahagian ICT amat mengalakkan sebarang pertanyaan dan perkongsian dari segi kekurangan dan kebaikan yang ada pada laman ini. Dengan adanya laman seperti ini kami berharap kita semua dapat berkongsi perkembangan dan juga aktiviti sekolah pada setiap masa. 


SEKOLAH KEBANGSAAN SLDB LADANG 3, MUKAH