Friday 28 August 2015

Majlis Kebudayaan Dan Hari Jadi Murid Asrama 2015

Setiap tahun bahagian asrama menganjurkan aktiviti seperti sambutan hari jadi murid asrama, sambutan hari jadi murid harian, begitu juga diselitkan pelbagai aktiviti menarik untuk memeriahkan lagi aktiviti yang dijalankan. Mari kita menyaksikan aktiviti yang dilakukan semasa aktiviti berlangsung. CITA.USAHA.JAYA












Thursday 27 August 2015

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2015

Sambutan merdeka pada tahun ini lebih meriah dari tahun-tahun sebelum dimana pelbagai aktiviti diadakan sempena bulan kemerdekaan tahun 2015. Warga sekolah beserta murid menyambut hari kemerdekaan penuh dengan semangat patriotik yang penuh dengan emosi dan bangga sebagai anak malaysia. Saksikan wajah-wajah anak merdeka dari SK SLDB LDG 3, CITA.USAHA.JAYA












Tuesday 25 August 2015

Pemilihan Pemain Bola Sepak B12/2015

Kali ini SK SLDB LDG 3, telah menjadi tempat pemilihan pemain bola sepak bawah 12 tahun untuk Piala Perak 2015. Beberapa orang murid telah terpilih untuk pasukan zon ladang dan akan bertemu di dalat untuk pertandingan bahagian kelak. Berikut adalah muka-muka pemain yang akan menyahut cabaran Piala Perak 2015. CITA.USAHA.JAYA




Thursday 6 August 2015

Fail PPBP

Di bulan kemerdekaan ini, sebaik-baiknya kita kongsikan barang baik. Hari ini saya kongsikan fail ppbp yang diperolehi dari CIKGU NAS. Semoga perkongsian ini dapat membantu guru-guru untuk melengkapkan fail yang dikehendaki. Saya tidak memiliki fail ini, akan tetapi modifikasi pada fail ini terpulang kepada kehendak dan keperluan guru. Rakan-rakan boleh juga memuat turun fail ini mengikut link yang diberikan dibawah. CITA.USAHA.JAYA

1. Fail PPBP

Wednesday 5 August 2015

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2015

Warga sekolah dan murid-murid amat merasai lebaran kali ini yang dilihat sedikit berbeza kerana semua staff bersama-sama meraikan majlis ramah tamah dengan jayannya. Pada tahun ini juga kami di baghagian ICT sekolah sempat merakamkan wajah-wajah yang gembira kerana menanti hari yang bakal tiba.



Selamat menjamu selera. CITA.USAHA.JAYA

Tuesday 4 August 2015

Hari Kebangsaan 2015

Pada tahun dan bulan ini, kita bakal meraikan hari kebangsaan yang ke 58. Tema pada tahun ini telah diperkenalkan sebagai #SEHATISEJIWA seperti yang diterangkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Sri Ahmad Sabery Cheek yang mengumumkan bahawa tema ini dipilih sebagai tema hari kebangsaan pada tahun ini. Dibawah adalah sedikit ucapan beliau mengenai sambutan hari kebangsaan yang akan datang. Seterusnya adalah rakan-rakan guru boleh mendengar atau memuat turun lagu pada laman youtube yang telah disediakan pada link  dibawah juga. Selamat Hari Kemerdekaan. CITA.USAHA.JAYA




Terima kasih diucapkan kepada empunya yang telah memuat turun video beserta lirik. Perkongsian anda amat dihargai. 


Tuesday 7 July 2015

Menjana SIDE INCOME!!!!

Salam kepada semua pembaca sekalian, tentu anda selalu mendengar side income tetapi ramai yang menganggapnya sebagai satu pekara yang remeh. Adakah anda sedar bahawa ia adalah satu cara yang boleh membantu anda menambah pendapatan secara mudah. Melalui panduan daripada orang yang telah berkemahiran mungkin anda juga dapat menambah side income!!.  Memang ramai pihak di luar sana yang cuba menipu akan tetapi tidak semuanya menipu ada yang benar-benar dapat membantu. Dan juga terdapat pelbagai cara untuk menjalankan perniagaan online dan anda perlu meneliti dengan betul supaya anda tidak tertipu. Saya mengajak anda melihat kepada satu contoh yang mudah, ringkas dan senang difahami. Kalau mahu tahu caranya, klik pada link yang disediakan dan anda akan terus pergi ke laman yang telah tersedia. Jangan takut untuk gagal. CITA.USAHA.JAYA


Ia adalah cara menjana pendapatan secara mudah, jangan risau anda tidak perlu mencari orang dan anda hanya sebagai pengguna yang biasa. Apa yang menarik, anda lihat dan uji sendiri. Think out of box!!! Anda mahu menunggu sampai bila atau anda mulakan sekarang dan menjadi orang yang berjaya. Jangan segan jangan malu.Selamat mencuba.

Thursday 25 June 2015

Lawatan PPD Mukah (Dialog Prestasi 2015)

Pada hari ini PPD Mukah telah datang untuk sesi dialog prestasi bersama dengan semua warga sekolah SK SLDB LDG 3, Tujuan kedatangan mereka adalah untuk melihat perkembangan sekolah berasaskan semasa. Mereka juga datang untuk membantu kekurangan sekolah supaya dapat meningkatkan apa yang dapat dibantu demi masa depan sekolah. Kami di bahagian ICT sekolah amat lah menghargai kehadiran tuan kerana sanggup membantu. CITA.USAHA.JAYA




Monday 18 May 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 18 MEI 2015

Tema tahun ini adalah "GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK". Bagi warga SK SLDB LDG 3, sambutan hari guru cukup besederhana dengan semua murid. Walau bagaimanapun sambutan kali ini amat bermakna dengan kehadiran guru baharu yang masuk ke sekolah ini. Selain daripada itu pihak sekolah juga amat berbangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua staf dan murid-murid sekolah. Jadi hari yang indah itu bukan sementara tetapi tidak juga kekal selamanya. Bagi guru, murid adalah pembakar semangat untuk terus berjuang walau diri guru semakin hari semakin cepat kerut di kening bertambah dengan tugasan dan cabaran masa kini. Sekali lagi, selamat hari guru kepada semua guru di malaysia, samada yang sudah bersara kerana kalianlah yang membentuk dari awal. CITA. USAHA. JAYA










Thursday 14 May 2015

SELAMAT HARI GURU 2015

Salam, kepada semua penjawat awam terutamanya guru yang akan menyambut hari guru pada 18/05/2015 secara serentak di seluruh negara, kami warga SK SLDB LDG 3 ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU. Kali ini diharapkan agar hari yang amat bermakna menjadi hari yang terbaik untuk guru. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan senyum-senyum selalu. CITA. USAHA. JAYA




Selain daripada itu guru-guru boleh mendapatkan lagu KAMI GURU MALAYSIA (minus one) dan PENDIDIK BUMI KENYALANG (mp3) dari laman kami ini. Dapatkan dengan menekan link  yang diberikan dibawah. Sekian. 

Download KAMI GURU MALAYSIA
Download PENDIDIK BUMI KENYALANG

Tuesday 5 May 2015

Program JERAYAWARA

Pada hari 29/04/2015 yang lepas, Jabatan Astronomi anjuran KPS telah mengadakan satu program yang dipanggil JERAYAWARA bersama-sama dengan SK SLDB LDG 3 telah menjayakan program tersebut. Diantara isi kandungan program ialah mengenali buruj, mencerap matahari dan membuat projek roket air. Pihak sekolah amatlah berbangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh murid dan warga sekolah. USAHA.CITA.JAYA





Bola Tampar Peringkat Bahagian Mukah

Salam, rakan-rakan sekalian kali ini kami ingin memaparkan sedikit perkembangan yang berlaku di antara bulan April-Mei. Walaupun baru menyertai pertandingan ini untuk kali pertama namun pasukan sekolah mencuba sedaya upaya dan hasilnya adalah pasukan sekolah menjulang tempat ketiga. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama murid dan guru serta AKS yang terlibat dalam membantu latihan bola tampar. Bola tampar akan menjadi sukan teras antara bola sepak, futsal, dan bola jaring. USAHA.CITA.JAYA



Thursday 9 April 2015

Lagu Sekolah CITA.USAHA.JAYA

Lagu sekolah ini dicipa dan digubah oleh Cikgu Remmy dan Maxwell Franklin Saran. Bagi alumi samada murid lepasan sekolah ini dan mana-mana pihak yang berkaitan boleh mendownload untuk dijadikan sebagai panduan ataupun rujukan sahaja. CITA.USAHA.JAYA

CITA USAHA JAYA
Lagu : Cikgu Remmy Sukup
Muzik : Maxwell Franklin Saran

MELANGKAH CERGAS
SIHAT MINDA DAN ANGGOTA
GERBANG PINTU TERBUKA
MENUJU MAJU GEDUNG ILMU

SK SLDB LADANG 3
DATANGKU DENGAN HARAPAN
PULANGKU MEMBAWA KEJAYAAN
CITA USAHA JAYA

HASRAT SEMAKIN BERSEMANGGAT
ANAK BANGSA BERSEDIA
MENIMBA ILMU BICARA GURU
SEMUA WARGA TERCINTA

BERILMU BERDISIPLIN SENTIASA
PASTINYA MELAHIRKAN WARGA BERJAYA
SK SLDB LADANG 3
SEKOLAH PERMATA KAMI SEMUA

Selain daripada itu anda boleh boleh dapatkan lirik dalam bentuk simpanan fail dan juga minus one track MP3